FB TW ASK
Welcome to my blog. Please navigate around happily. And follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Exam
Saturday, August 31 8:17 AM | 0 dorks
Assalamualaikum.

Akhirnya kembali ke rumah setelah 2 minggu berada di asrama yang sangat dirasakan antara tempat tempat menyedihkan. Hi saya dah kembali.

Minggu lepas haari ahad bangun je pagi aku siap siap mandi pastu pegi taman sains. Maklumlah tetiap tahun memang tugas bebudak 2Rk sattlekan taman sainstu. Nak dijadikan cerita mama z suruh kitorang bereskan sampai pukul 11 lebih kalau tak siap. Dah nama pun bersihkan taman, tanam pokok, siram bunga confirm la kitorang kotor. Basah lagi tu. Tapi best jugakla sebab aku banyak siram miza hahaha. Padan muka hang.

Ok, habis je kemas aku acah acah je nak ajak classmates yang duk aseghama ni beraya kat taman pertama. Last last eh jadi pulak. Hehe dah berjanji ni kami kami ni pun jalan la dari aseghama starp tu sampai taman pertama. Huih. Penat brader. Banyak jugak la halangan nak pegi sana, hampir dikejar anjing lah, lembu nak kejar la. Semua dahla anggun berbaju batik aseghama. Merah. Imagine kalau lembu tu bebetul kejar? Huih, taktau nak cakap apa. Riuh le jawabnya.

Sampai je kat destinasi dituju, ce teka kitorang buat ape? Haha semua beli air kat big. Padahal raya nanti boleh je minum. Tabiat suka membazir. Haha.

Ok setelah syiok beraya, aku terfikir. Weh, esok exam, uwaaaaaaaaaaa nak balik rumah :(( Memang malam tu agak rusing la jugak studinya. Aku rasa macam dah cukup studi. Tapi bila tengok result baru satu A. First memang sedih la, yang target A pun B jugak. Haih. Aku dah taknak harap pape dah, hanya mampu redha dan tawakal deng full result nanti. Habis je exam terus aku jerit "Yeayy aku sayang pbs!" Haha takdelah jerit mana pun. Ecekeli lebih kepada cakap kuat kuat. Bersukur sangat sebab pbs ni menyelamatkan aku daripada exam, hehe sebenarnya pbs ni yang tak besnya buat hari hari. Tu je. Yang lain aku rasa okey je. Cuma nak dapat band 6 tu agak payah la jugak, usaha kena lebih.

Dan..... pasni aku nak fokus kalau cikgu ajar, rajin study, siapkan hw. Insya Allah. Doakan aku ye :))

Walaupun raya dah habis. Nak ucap sekali lagi ni, selamat hari raya maaf zahir batin. Ampunkan salah silap nurnazri ni zahir dan batin ye :)

babai.

Salam kiut daripada ambo :)