FB TW ASK
Welcome to my blog. Please navigate around happily. And follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Berubah.
Thursday, August 15 11:19 PM | 0 dorks
Assalamualaikum.

Taktauah ape yang buat aku rajin tetiba pulak nak update blog lagi. Hmm. Dah tengah rajin nak buat cemane kan? Dah alang alang rasa nak menaip moh le kita update blog ni.

Tautak? Aku teringin nak berubah. Berubah? Mean? Aku nak taat perintah Allah, nak tinggalkan larangan Nya, nak jadi anak yang solehah, rajin, beradab dan banyak lagi. Bukan lah maksudnya sebelum ni aku jahat, degil ke ape. Tapi kali ni cuba nak berubah kepada yang lebih baik lagi. Tapi, susahnya. Aku pernah cuba. Ya Allah, susahnya nak jaga mulut yang dah terbiasa mengumpat, dan cakap benda tak elok ni. Susahnya nak menjaga mata yang suka tengok benda yang tak sepatutnya. Susahnya nak kawal hati dari hasad dengki, iri hati, buruk sangka dan macam macam lagilah yang susah.

Kita mulakan dengan rumah. Ibu kalau mintak tolong mestilah harapkan aku. Dah aku satu satunya anak perempuan dia yang kira dah besar la jugak and matang (( lah sangat )) untuk bantu dia. Seriously aku cakap, dah hadap tenet, twitternya lagi, insta, facebook memang malas lah aku nak tolong. Kadang kadang buat bukan ikhlas pun, merungut lagi. Ya Allah, banyaknya dosa. Abah sendiri cakap kat aku masa beraya "Nur, akak ni dah matang, lagi matang dari abang lagi tapi malasnya nak tolong ibu sekarang, kenape ye?" (( dalam dialek jawa )) Hm entahlah. Aku sememangnya dah terleka dengan duniawi ni. Bila nak berubah nur?

Asrama. Apa yang susahnya? Ok. Dorm. Kalau dah nama pun perempuan, memang suka sangat lah bersembang ni kan.Ape yang disembangnya? Macam macam perkara sia sia yang kami ni suka sangat bercerita. Perlu ke? Tak perlu pun. Tapi mudah sangat tewas dengan hawa nafsu dan syaitan kan. Inilah jadinya. Mula mula sembang kosong aje, lama lama? Sendiri pun boleh fikir kan? Mengumpat? Ya. Itulah yang perempuan suka buat. Tak semua. Mungkin segelintir sahaja. Pastu kalau makan kat dm tak reti nak diam. Mesti sembang lagi, belum kira time prepnya...

Seterusnya, sekolah. Hmm sama je. Kalau cikgu takde bukannya tak boleh kan buat homework ke study ke, nak jugak sembang. Tapi dosa kat sekolah lagi berlipat ganda, sebab? Sembang dengan lelaki. Yes. Dahla berhadapan. Kira rapat jugaklah tu. Pandang lama lama dosa, cakap benda sia sia dosa. Haih....

Kalau nak tunggu dapat hidayah, boleh. Tapi, sampai bila? Allah nak bagi ke? Matangkan diri dan jangan harapkan semua tu. Ingat dosa selalu, berubah sendiri. Kerana Allah. Takukan Allah. Insya Allah aku sedang mencuba.


LailahaillaAllah..........