FB TW ASK
Welcome to my blog. Please navigate around happily. And follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Amira.
Sunday, August 11 8:40 AM | 1 dorks
Assalamualaikum,

Hmm hmmm. Woi rindu aku tak? Cakap cepat. Erk pehal aku ni.

Memang dah lama tak update blog. Ini pun update sebab baru teringat aku ade blog. Ecehhh. Gini ahh kan tak kenang budi langsung. Okey memang dalam hidup aku ni tak sah kalau takde cita kan. Bukan hidup la namanya kalau takde kisah suka duka riang tawa mesra asmara erkk. Ok ini melebih.

Semalam aku tidur pukul 4 pagi. Emm lebih kuram cemtulah. Punca aku tidur lambat ape lagi kalau bukan online tak ingat dunia. itu pun off sebab abang aku suruh. Kalau tidak memang sampai 6 pagi pun aku tak sedor sedor nak tido pastu esok pagi memang kena bebel. Eleh itu perkara biasa. Ok bukan tu point dia. Sekarang ni, kau online lelama tu buat ape nur? Okey memang tujuan utama aku online pun sebab nak dm, im, skype or webcam dengan taz. Taz? Siapakah? Kalau dah rasa layak jadi kawan baik aku barulah kau tanya. Kalau tak jangan harap aku nak cerita. Bapak kejam ayat. Bhahaha jangan terasa hati udahh ye. Emm ok. Entah angin ribut afrika thailand filipina mana tah buat aku rasa macam nak ber rock rock dengan dia. Em i mean kira macam geli ah nak bersweet sweetan setan haram jadah semua tu. So, aku mulakan dengan ber lu gua dengan dia. Dia nak sweet sweet pun aku jual mahal aje, ahh pigi la kau sana. Cehh. Ini terlebih jual mahal namanya. Pastu main aku kau pulak. Ok di follow rentak aku, cehh ingat lagu ke ape nak berrentak rentak ni. Lelama aku kasar gila dengan dia, cakap pun macam musuh. Dm pun aku bagi abang yang balas. Hahahaha. Aku ingat dia okey je. Sekali dia tweet dengan ayat yang berbunyi seperti berikut "Terasa macam diabaikan, stress, dipermainkan blablabla......" Mana boleh cerita semua kan. Kantoi ahh orangnya. So, aku kan online dengan abang, dengan tanpa serba salahnya aku tergelak gelak smbil cakap dengan abang "HAHAHAHAHA.... kitorang macam dah gaduh je bang" Ecehhh, bajet cool doh.

Tengok jam pun dah nak pukul 4 lebih hmmm tidur jelah. Dengan hati yang dibajetkan tenang, aku pun naik katil. Sambil baring baring menunggu mata tertutup sendiri aku terfikir. Ehh gaduh la. Pergh lama gila dah tak gaduh hahahaha. Then aku fikir lagi, ehh aku salah ke? Emm tak, dia yang ngengada. Eleh aku nak rock rock sikit pun tak boleh ke? Sukati akulah. Dan banyak lagi yang berada di minda yang malas aku nak taip masuk blog. Biar aku simpan dalam hati je ye? Ok lelama tertidur.

.............................................................

Bangun je pagi dah pukul 6 lebih (( jet jet je, padahal ibu yang kejutkan )) So, solatlah dulu. Ngantuk emm tido balik lah. Pukul 10 lebih bangun dan ehh teringat kes malam tadi. Oi aku rindu dia. Emm. K aku mengaku aku rindu dia sangat sangat. Feeling punya feeling terdengar jerita ibu kat dapur. Em ok ibu cakap embah leha nak datang dengan kelam kabutnya mandi. Mangat terus pakai baju kurung sbb nak jumpa Mira! Kakak dia kahwin. Yang liyana yang cute cute putih melepak yang dia panggil kak olly padahal nama olly dengan liyana tu jauh beza. Emm. So pukul 2 gerak. Makan kat kenduri tengok ade gadis comel molek pakai tudung labuh duduk sebelah aku. Ohhh mira! Salam dia, memula kekok, tapi lelama biasa hahaha. Mira dah berubah lebih positif. Matang. Hahaha dia cakap 'malu nak jumpa kau nur, aku ade jerawat ni" hahaha sambil cover 2 jerawat tuh. Mira aku nak cakap tapi aku tak mampu nak luahkan. Aku syang kau tau, aku sanggup kau passkan pimple comel kau tu kat pipi aku. Sumpah aku sanggup. Hmm sembang punya sembang ehh dah nak balik. Hmm tak puas sembang lagi :'(

So, salam lah dia. Rasa macam nak peluk je minah kecik comel molek tu tapi malulah pulak depan khalayak ramai kan. Hahaha. And sebelum aku pegi dia cakap "Nur, jangan lupa aku tau" Ya Allah, aku tak pernah dan takkan lupa kau. Rsa nak nangis tadi. Pandai kau buat drama kan hahaha. So balik tu kat bilik aku nangis diam diam ingat dia. Ya Allah panjangkanlah umur kami dan peliharala hubungan kami. Amin :)
Aku sayang mira sangat sangat tau. Berani lah sape nak rampas dia *tunjung senapang*

Petang tu ibu bagi online sesuka hati dan aku nampak taz tuit benda yang sangat menyentuh hati aku. Ya Allah dia sayang aku rupanya. Aku dah rasa macam argh can't describe it by words. Aku sayang kau la Taz. Percayalah. Aku berlakon je semua ni. Sorry kecewakan kau. Sorry sangat sangat. Hmm

Okeylah, panjang gila aku berceloteh malam ni. Mana tah dapat mood menaip panjang nak mampuih ni. Yelah abang aku nak guna pulak laptop ni. Bye. Ehh sebelum tu terimalah pic pic raya yang aku rase cute ni wakakaka.

Kelabu. Bigfamily. Sayang gila dengan depa semua ni sporting nak mampuih ahh, muah muah :*


Raya first. Jet jet ayu dohh.

Raya kedua. Irfan akak rindu kau lah budak tercomel di dunia :*

Ini lagi bajet ayu hahaha



Wani aku

Abang alya aku

So in jelah, okeybye