FB TW ASK
Welcome to my blog. Please navigate around happily. And follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Ramadhan kembali lagi
Saturday, August 13 10:05 PM | 0 dorks
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah, dapat juga aku bersua dengan Ramadhan al-mubarak tahun ni. Andai kata Allah takdirkan tiada lagi peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ni, apakah kita ralat?

Itu tanya diri sendiri dan korang juga boleh tanya diri sendiri. Tak perlu kita tanya orang lain tentang kualiti puasa kita. Kita yang lebih tahu bagaimana tahap puasa kita dalam tahun sebelumnya. Betul tak?
Alhamdulillah. Awal Ramadhan tahun ni, dapat juga rasa meriahnya malah sentimental value zaman kanak-kanak rasa makin kuat saat aku tulis entri ni.  Rasa seronok berkumpul ramai- ramai berbuka dan bersahur….fuhhh…cukup gembira rasa. Ini jugak rahmat Allahkan?
Sedap pulak angin bendang tengahari ni, walau panas tapi anginnya tetap mendamaikan.
Akhirnya, selamat berpuasa buat seluruh teman blogger. Sama-sama kita dirikan bulan Ramadhan dengan lebih bersungguh-sungguh.

~post teralim aku~